“peperiksaan?”

Assalamualaikum.

Smer org bz gile ngan exam ek? Aiyoh. Sampaikan blog aku ni berbulan2 tak update. :P xpe. InsyaAllah lepas exam, aku akan start memeriahkan blog ni balek. Thx.

“IQ tinggi, akal rendah”

assalamualaikum!

rasanya dah berzaman aku tak update blog aku ni kan? haha. almaklumlah. aku kan bakal perdana menteri yg memerintah negara. :P jadi, banyaklah perkara dan benda yang aku terpaksa kerjakan selain daripada mengadap blog aku ni. xpe, buat mase ni aku ade mase utk update. lets go!

Berita 1
Sekarang ni dah masok minggu study week. Ape yg dah aku study? Ape yg aku dah revisionkan? Jawapannye. TIADE. Setakat artikel ni ditulis, aku langsung tak prepare pape. Terukkan? Nak jadi mahasiswa apa cam gini? Haha. Xpe. Mungkin 4-5 jam nanti aku akan terpana dan tersedar bahawa aku mempunyai tanggungjawab terhadap diri aku sendiri. Ah. Biarkan..

Berita 2
Alhamdulillah. Akhirnye segala kerja dah selesai. Semua tugas2 aku semester ni dapat disempurnakan dengan jayanya (walhal ade je yg tak jaya). Presentation Projek Tesis pon dah berakhir. Walaupun aku dan adik beradik aku tak dinobatkan sebagai pemenang, tapi kami puas hati. Puas hati kerana dapat membina dan menghasilkan sistem dan produk yang kami usahakan. Kesimpulannya, objektif kami tercapai. Aku puas hati, dan kami puas hati kerana mendapat bimbingan daripada ibu kami, Pn Nuraminah bt Ramli. SEMPOI! :D

Berita 3
Sebelum berakhirnya Syawal a.k.a Raya, sempatlah jugak aku beraya di rumah FnF aku tuh. Bertempat di Bukit Jelutong, seingat aku la, sampai dalam kul 2 ptg. Lepak2, makan2, minum2, borak2, layan tgk hindustan seround, solat2, and then salam2, pastu kami pon balik la. Eh lupe. Sempat la jugak bermain2 ngan kuceng2 kesayangan family FnF aku ni, Baby ngan Kitty. ;)

Berita Akhir
Masih ada lagi segolongan manusia yang tak kenal maksud HAMBA kpd Yg Maha Esa. Depa ingat depa ni diciptakan daripada beruk agaknya. Depa berpegang kepada ajaran dan pegangan Charles Darwin. Berpikir menggunakan logik akal. Dengan bangga dan megah mengatakan bangsa kulit putih merupakan bangsa paling mulia. Paling gah dan paling suci. Tak salah untuk berfikir dan merenung kejadian manusia. Merenung bagaimana terjadinya alam. Tak salah juga formula-formula sains yang wujud di alam nyata ini. Tak salah juga hukum2, teori2 yang terdapat dalam Sains. Tapi, layakkah kita nak berfikir tentang kewujudan Allah? Layak ke? Kite ni sape? Power sgt ke kite? Yg gahnye bersuara mengatakan “kalau btol2 Tuhan ada, mana dia?”. Gila ke ape? Renung dan fikir. Akal tu ade. IQ tinggi buat ape kalau tak reti menilai. Jgn bijak berbicara, tapi akal dan otak tak diguna. Ingat. Hidup tu sementara. Kalau kau tu hebat berkuasa, cubalah hidupkan batu yg tak bernyawa. Renung-renungkan.. ;)

“saye telah di TAG oleh cik bunga”

The rules:
Link to your tagger and post these rules on your blog.
Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog.

Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird

1. saye poyo. saye kerek. saye berlagak. saye degil. saye keras kepale. saye kepale batu. saye emo. itulah saye. haha.

2. saye suke buat hal sendiri. ape org nak kate, pedulikan. bukan diorang bayar zakat fitrah saye. bkn diorang sara hidup makan minum saye. jadi, apeadehal?

3. saye ni pelik. sebab ape? sebab saye mmg pelik. mood yg senang berubah-ubah. marah boleh dipendam, tp once dah keluar, segale mcm ayat tohmahan dari utara sampai ke selatan akan klua. kalau dah lebih tak tahan lagi, kaki ngan tgn boleh naek kat kepale. kalau lagi lagi lagi takley tahan, cawan, kerusi, meja akan melayang pule. :P

4. saye suke makanan PEDAS. anything yang PEDAS, saye sgt suke. apetah lagi kalau masak lomak cili api. fuhhhh! sedap tu. aiseh. tetibe lapa.. :(

5. saye sebenarnye easy going. org buat baik, saye baik la. org berperangai mcm biadab, saye pon biadab la.

6. saye ade darah jawa + cina. mak ex-cina. ayah jawa. tp xreti lak menggunakan kedua-dua bahse tersebot. haish!

7. saye best. skian.

p/s: saye malas nak tag² org lain.

RAYA!

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin..

p/s: will be update soon after cuti raya. hehe. (termasok lah kpd yg telah TAG saye.. skian)

“mess..”

Assalamualaikum.

Aiyo. Btol2 mess up minggu ni. Why? Almaklom jek la. Projek berlambak2. Tambahan plak, aku ade terbace satu blog ni. Nak kate BODOH, aku rase dia ni kategori orang bijak pandai. Sebab ape? Sebab dia sekarang belajar dalam satu Universiti dengan aku. Nak kate BENGAP. Allah dah bagi dia akal fikiran yg ckup utk dia berfikir, nak kate dia BANGANG, rasenye tak patot sebab ilmu yang dia ada lebih dari aku kot. Kesimpulannya, aku rasa dia ni anak terbiar dan kekurangan kasih sayang mak bapak. Korang saksikan lah sendiri betape megahnye manusia yg bergelar HAMBA ALLAH ni.

Klik Sini

Makin hari aku makin pelik. Kenape makin ramai wujud golongan mcm ni. Golongan ape lak yg aku sebot ni? Golongan FREE THINKER. Mereka ni menganggap diri mereka bebas dan tidak terikat dengan apa-apa peraturan alam (WTF?). Hebat sangat ke diorang ni? Mungkin dah cukup hebat nak tahan azab api neraka Jahannam la tu kot. Ape yg aku menjadikan aku bertambah pelik, golongan manusia mcm ni bukannya tak pandai, malah terlebih pandai lak mengeluarkan kata-kata yang menunjukkan kemegahan pd dri sendiri dan mengetepikan konsep Islam, konsep ketuhanan. (Na’uzubillah). Walaupon aku ni takde la tergolong dalam org yg sufi, org yang tinggi amal ibadahnye, tp dari segi akal dan iman, aku masih dpt bezakan, betape ruginya dan bongoknye golongan FREE THINKER ni.

Mungkin aku patot ketengahkan hal ni utk post yg berikutnya. Sebab skrg ni aku btol-btol tgh mess up. Nanti takot lak terkuar perkataan caci maki kat golongan bengong ni. Later la.

p/s:”Allah kurniakan akal fikiran utk digunakan kpd cara pemikiran yg btol. bukan pikir mrepek2. alahai..”