Archive for the ‘Umum’ Category

“tiada update?”

Posted on the August 5th, 2010 under Umum by ashraf

Assalamualaikum.

lama tak update kan? lebih 2 bulan. haha. mungkin aku kurang MOOD utk menulis di dalam blog. tapi apa yg aku perhatikan, kebelakangan ni makin banyak kes2 dan isu2 melibatkan pelajar-pelajar yang umrnya sgt lah muda. kes ponteng, kes samun, kes ragut, kes pelajar bergaduh, kes pelajar tumbuk guru, kes pelajar melakukan maksiat. banyak! cuba selak dada akhbar, for sure dalam satu hari, mesti ada satu kes.

apa nak jadi? apa yg bakal terjadi? kenapa generasi zaman sekarang langsung tiada perasaan hormat? mana nilainya HORMAT pelajar kepada ibubapa? mana nilai hormat pelajar pada guru? mana nilai hormat pelajar pada rakan? kalau nilai hormat tu sudah tiada, apa guna jadi manusia? sebab manusia tahu hormat org yg lebih tua, tahu hormat ibubapa, tahu hormat guru, tahu hormat rakan kerana manusia itu BERAKAL dan boleh BERFIKIR.

untuk menyalahkan sekolah 100%, mungkin tidak adil kerana pendidikan dan pelajaran bermula daripada keluarga pelajar itu sendiri. didikan ibubapa sangat penting ketika seseorang itu meningkat dewasa. kalau anak yang terbiar, mmg akan jadi liar. kalau anak terdidik, mmg akan jadi baik.

kesimpulannya, ibu bapa perlu ambil peranan dalam usaha mendidik anak sendiri dan tidak boleh menyerahkan 100% kepada pihak sekolah laksana pihak sekolah ini pusat jagaan anak2 mereka. kelak anak mereka dirotan @ didenda akibat kesalahan yg dilakukan, ibubapa akan menemplak guru-guru. siapa salah?

p/s: langsung tiade sefahaman antara ibubapa, pelajar & guru. haih.

“BOSAN di Changlun”

Posted on the June 24th, 2010 under Umum by ashraf

salam.
lama kan aku tak membebel? haha. disebabkan aku bz dan malas nak update, jadi blog aku ni dah jadi mcm rumah berhantu. nasib baik la takde jin @ mambang yg duduk melekat dlm blog ni. tapi ade bnyk jugak la spammer yg dok spam aku nye comment. ntah mane dtg semua spammer ni.

oh ya. aku menulis blog ni semasa berada di T Hotel, Changlun. ape yg aku nak komenkan ialah nilai perjalanan aku daripada JB ke Perlis. betapa mahalnya dan bebannya nak melakukan perjalanan sejauh ni. haha. ok. pertama sekali, MINYAK. setakat yg aku kira, aku singgah stesen minyak sebanyak 3 kali. dan setiap singgahan, aku akan isi RM50. bermakna, utk perjalanan sehala, aku akan menghabiskan sebanyak lebih kurang rm200 utk minyak. jadi, perjalanan pergi dan balik, berkos rm400. itu baru minyak. belum kira tol. kalau tak silap, tol dekat rm90+ kot. tak ingat lak. jadi pergi dan balik, berkos rm200. jadi jumlah keseluruhan perjalanan aku lebih kurang rm600. MasyaAllah. dekat rm1000 dah tu. oh ya. blom termasuk penginapan lagi. haha.

jadi apa yg aku nak bisingkan kat sini, berapa bnyk kos yg terpaksa rakyat Malaysia tanggung utk melakukan perjalanan jauh mcm ni? bagi org yg mempunyai pendapatan lumayan, mereka mungkin tidak menghadapi masalah. speeding atas highway, kene saman pon tak kisah. duit berkoyan2. tapi bagi masyarakat yang mempunyai pendapatan sederhana dan kur;ang, perjalanan sejauh ini mendatangkan beban yg melampau. tujuan dan objektif perjalanan tak perlu la dipertikaikan. apa yg perlu dipertikaikan ialah, nilai harga tol dan minyak. jika kerajaan mencadangkan utk menaikkan lagi harga tol & minyak, jadi berapa pula kos yg perlu dihadapi oleh rakyat? perlu ke cadangan kerajaan ni membebankan rakyat semata-mata utk mengatasi masalah defisit negara. perlu kerajaan korbankan rakyat utk tujuan itu? kenapa kerajaan tidak mengambil langkah mengurangkan elaun2 menteri? kenapa tidak disemak semula kepenggunaan eletrik dalam pelbagai sektor. contohnya, bnyk jalan2 di Malaysia ni dilimpahi dgn lampu sedangkan jalan tersebut tidak mempunyai selekoh berbahaya, tidak berbahaya tapi pemasangan lampu semata2 utk mencantikkan tempat. tak ke tu membazir? kalau nak kata konsep RAKYAT DIDAHULUKAN, sepatutnya rakyat diberi kemudahan supaya hidup dalam negara ni lebih selesa.

konsep rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan selalu dibebel, dilaung, digembar gemburkan, tapi hakikatnya, certain2 subjek je yg mengikut landasan objektif tu. selainnya, HAMPEH. ada je alasan dan janji yg ditaburkan utk mengabui mata rakyat. ingat! janji tu di bawa sampai mati. kelak dalam kubur, apa yg kita nak jawab dengan Yang Maha Esa? sekali kita buat dosa dgn rakyat yg kita perintah, kalau tidak dimaafkan, bermakna berdosa la pemimpin tersebut. lantak la kau ni fahaman politik apa. PAS ka, dacing ka, DAP ka. sepatutnya rakyat dibantu dulu. kalau tak, apa guna kau jadi wakil rakyat? baik kau jadi wakil keluarga ke, wakil skolah ke.

oh. aku dah ngantok. later aku bebel lagi. akhir kata, dok kata malaysia bakal bankrap 2015, pi la naikkan tax ROKOK, tax ARAK, tax JUDI. ha. pakai duit2 tu cover balek. zzz

“News?”

Posted on the May 22nd, 2010 under Umum by ashraf

haha. aku akan berbicara di blog semula. tgh cari idea, ape aku nak tuleh lagi ni. :P

“Taruh = Judi”

Posted on the May 7th, 2010 under Umum by ashraf

KERAJAAN sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen bagi pertaruhan sukan terutama kejohanan bola sepak Piala Dunia awal Jun ini, bertujuan mengelak kegiatan perjudian haram.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata keputusan mengenainya akan diumumkan sebelum kejohanan Piala Dunia bermula.
Sambil mengakui sudah ada pihak yang mengemukakan permohonan untuk mendapatkan lesen pertaruhan, beliau berkata, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen, pertaruhan haram tetap dijalankan tanpa pemantauan pihak berkuasa.

Hm. Aku nak kata BODOH, nanti aku kne saman. Silap² kene ISA. Tapi ternyata cadangan yang diutarakan ni, nampak mcm Menteri terbabit mempunyai IQ peringkat Sijil PMR je kot. Dia ni agama apa? Tahu hukum hakam ke tak? Atau kepala dah dipenuhi dengan Islam Liberal?

Bial sebut tentang TARUH @ JUDI, tak kiralah kau bertaruh duit pasal sukan ke, pasal nenek kau menang lumba lari ke, pasal bola masuk lubang ke, pasal golf ke, daripada segi hukum ISLAM, HARAM! Malaysia ni negara apa? Islam kan? Jadi nak keluarkan lesen membenarkan pertaruhan pulak? Lantak pi la org Cina nak berjudi, org India nak berjudi, depa bukan Islam. Yang kau cerdik, bijak, pandai, ikut sekali dah knape?

p/s: ARGH! kau nak balek ke zaman Jahiliyah ke ape?

“Game oh Game”

Posted on the April 22nd, 2010 under Umum by ashraf

Hari ni 22 April 2010. Bermakna dah 3-4 hari aku menceburkan diri aku dalam permainan Football Manager 2010 ni. Team yg aku gune biase la, Chelsea. Takkan aku nak gune pakai MACHA UNITED pulak. PTUIH! Hahaha. Kembali kepada topik game tersebut, aku sedang mencari dan membaca tentang taktik² yang boleh digunapakai termasuklah mengkaji Tactic & Training Framework (eBook). Agak biol jugak la aku nak pahamkan isi kandungan tutorial ni. Tapi, untuk mencetuskan pembaharuan kepada team aku, aku akan berusaha memahami strategi dan taktik yang perlu digunapakai utk merampas takhta liga. Haha. Well, sebenarnya aku maen FM2010 ni dgn member, secara Online. Tapi timbul pulak banyak masalah. Contohnya, snailmyx bertukar jadi gay. Tak perlu la aku komen panjang² tentang perkhidmatan ‘best effort’ yang terkenal kat Malaysia ni. Hehe.

Selain FM2010, aku jugak aktif dalam Garena. Ape aku buat dalam tu? Ofkos la aku bermain Dota dan juga Left 4 Dead 2 (L4D2). Boleh dikatakan setiap hari aku menembak zombie dgn kejam. Hehe. Sesambil tu, usha² gak latest plugins utk game ni. Tak syok kalau setakat maen game ikut game yg asal. Tak mencabar.

Oh. Itu je kot aku nak bebel. Skrg ni musim kekeringan idea agaknye. Aku mrepek ape pon aku tatau. Hahaha. Will be back later. Wassalam.